Wednesday, November 03, 2010

BanJir oHhh BanJir


SALAM..
sekarang nih alor star dan kelantan  mengalami banjir yang agak teruk la jgakk berada kira pada paras pinggang...wahh tinggi jugak 2 kan???
kepada sahabat2ku yang rumah mereka terkena bnjir diharap suma bersabar k..dugaan ALLAH ada hikmahnyer.. :)
aku pon x sedar sebenarnyerr alor star skrang tgah bnjir cz umah aku xdak apa.. oke jer.. my b duk kawasan tggi sikit.. alhamdulilah!! tengakk berita jer baru tahu lebih 20ribu penduduk dipindahkan harinie sbb banjir.. 1 jmlah yang sngat byak ..
Pagi ayah aku kol suh simpan air cz ayaq dijangka xdak ... n memg x dak pon,aduhh!! haru tui..nak mandi sush..bsuh pingan basuh pinggung pun susah ma...malam nih dengar kata elektrik pula x dakk..:(


so kat sini aku nak bagi ler sikit tips yang boleh digunapkai msa musim bnjir nih...maklumlah musim bnjir cmni mula laa mcam2 penyakit jelma kann..








MASALAH-MASALAH YANG BERLAKU SEMASA BANJIR

Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :



• Lemas



• Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang



• Terkena renjatan elektrik



• Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu 


TINDAKAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA BANJIR


Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir

• Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa

• Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah

• Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

 BAGAIMANA KITA BOLEH MENJAGA KESIHATAN KETIKA BERADA DI PUSAT PEMINDAHAN?

• Sentiasa minum air yang telah dimasak

• Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman

• Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah

• Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas- Guna tandas yang sempurna- Buang sampah di tempat yang betul

• Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor

• Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah 





No comments:

Post a Comment